Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu.
Permainan ini dipelopori oleh William G.Morgan pada tahun 1895 di
Holyoke. Massachusetts apabila beliau mendapati corak permainan bola
keranjang terlalu lasak bagi peringkat umur pertengahan. Oleh itu,
perlulah diwujudkan satu permainan yang tidak lasak tetapi mirip bola
keranjang.
William G.Morgan menamai permainan bentuk baru ini sebagai
'Mintonette'. Oleh sebab bola yang dimainkan itu boleh melambung, nama
permainan ini ditukar kepada 'volleyball' atau bola tampar. Pertukaran
nama permainan ini menyebabkannya semakin popular.
Pada tahun 1900, permainan bola tampar mula diperkenalkan di
Kanada. Kemudian permainan ini telah diperkenalkan di seluruh dunia
misalnua negera Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico pada tahun 1909,
Filipina pada tahun 1910, Uruguay pula memperkenalkan permainan ini pada
tahun 1912, diikuti oleh negara China pada tahun 1913 dan Jepun pada
tahun 1917.
Pada tahun 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan
di Paris. Kejohanan bola tampar sedunia diadakan pertama kali pada tahun
1949. Pada tahun 1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang
dipertandigkan dalam Sukan Olimpik.
Pertubuhan Pemuda Kristian (YMCA) berperanan memperkenalkan
permainan bola tampar di Malaysia, Pada tahun 1927, Liga Bola Tampar
mula diperkenalkan di Kuala Lumpur. Guru-guru Cina yang berpendidikan
dari negara China juga memperkenalkan permainan ini di sekolah-sekolah
Cina. Langkah yang sedemikian menyebabkan permainan ini lebih popular di
kalangan masyarakat Cina. Memandangkan permainan ini semakin popular,
Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) telah ditubuhkan pada tahun
1959 untuk menyusun aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan.
Kawasan Gelanggang Permainan
Kawasan permainan bola tampar berukuran 18m panjang dan 9m lebar.
gelanggang ini dibahagi kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Jaring
dipasang betul-betul di atas garisan tengah. Dalam pertandingan
peringkat senior, ketinggian jaring ialah 2.43m(lelaki) dan
2.24m(wanita). Untuk peringkat sekolah, ketinggian jaring diubah suai,
contohnya, pertandingan untuk pemain 15 tahun ke bawah, ketinggian
jaring hanya 2m.
Skor
Pada
peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di
peringkat sekolah pula pertandingan biasanya dijalankan dalam 3 set.
Pasukan yang paling banyak memenangi set diisytiharkan sebagai pemenang.
Setiap kemenangan ditentukan
berdasarkan jumlah mata yang diperolehi. Pasukan yang mendapat 25 mata
dahulu akan memenangi set. Jika skor mata kedua-dua pasukan terikat
dengan 24-24 permainan akan diteruskan (duce) sehingga satu pasukan
mendapat dua mata terturut-turut. Pertukaran tempat akan dilakukan
selepas tamat sahaja satu set.
Kedudukan Pemain
Melakukan Servis
Peraturan Tiga Sentuhan
Teknik Menghalang
Seperti kemahiran merejam,
kemahiran menghalang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kamu
mesti mempelajarinhya. Kemahiran ini amat mustahak jika kamu ingin
menjadi pemain bola tampar yang baik. Halangan dilakukan ketika menahan
bola yang direjam. Gerakannya dilakukan oleh dua orang pemain hadapan
dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba
menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan mereka.
Kemahiran Berpasukan
Kerjasama dalam pasukan amat diperlukan dalam permainan bola tampar. Ini
jelas dilihat ketika pasukan bermain atau membuat reli. Semangat
kerjasama bergantung kepada setiap pemain dalam pasukan. Kerjasama ini
diperoleh melalui latihan-latihan kemahiran yang berterusan.
Setiap pemain mesti mahir menyangga,
mengumpan, ,merejam, menghalang dan melakukan servis.
Kemahiran-kemahiran ini amat mustahak kerana pemain akan bertukar posisi
setiap kali memperoleh pukulan servis.
0 comments:
Post a Comment